Sunday 6 April 2014

tAhUn 2014 - so chALLengiNg.....!!!!

Salam dihulur pembuka bicara...

Setelah hampir setahun mendiamkan diri daripada bercoretan di layar skrin blog, kini aku kembali mencurahkan rasa hati yang tersimpan lama.. bukanlah untuk membanggakan diri mahupun memburukkan orang lain, coretan pada kali ini cukuplah untuk meluahkan rasa hati yang ingin dikongsi bersama sesiapa pun..


DULU, seringkali aku coretkan pada lembaran blog ni, "siapalah yang nak kan aku..." Alhamdulillah, Allah xbenarkan aku bersendirian, cukuplah Allah melihatkan aku berseorangan selama 2 tahun tanpa insan yang bisa untuk dicintai dan mencintai aku. Alhamdulillah, 1hb Mac 2013, adalah tarikh keramat bagi aku dan si dia.. Sesungguhnya, saat pertama menerima lamaran daripada si dia, hati ini masih lagi keras untuk menerima cinta..masih lagi ego untuk berkata sayang dan rindu..


 Namun, setelah membelek keikhlasan yang ada pada si dia yang tulus mencintaiku, yang sanggup berkorban apa sahaja untuk diriku, akhirnya, hati dan naluriku kembali untuk mencintai insan yang bernama lelaki, malah setiap hari aku berdoa pada YANG ESA, untuk sentiasa melindungi si dia untuk diriku.. Maka, pada 24hb Ogos 2013, telah berlangsungnya, satu majlis merisik a.k.a ala-ala bertunang gitu di teratak ibu bapaku..Alhamdulillah, walau banyak dugaan pahit, masam masin yang melanda hubungan ini, hati ini sentiasa setia padanya berteraskan doa yang sentiasa dipanjatkan kepada ALLAH s.w.t.


Namun, lembaran pada kali ini, bukanlah hanya untuk merungkai kisah cintaku bersama si dia.. cukuplah sampai di sini. Semoga impian kami untuk membina baitul muslim pada tahun hadapan berjalan seperti yang dirancang.. INSHA ALLAH, Ameen..

Sekarang, kita beralih ke "what im doing right now...". Bila perkahwinan telah dirancang, maka bermulalah kisah hidupku untuk mencari wang belanja yang boleh ku hulurkan serba sedikit untuk kenduri kami nanti.. Alhamdulillah, apabila dewasa kini, kami sedia untuk mencari wang sendiri yang kami boleh belanjakan untuk walimah yang dirancang tahun hadapan. 


Alhamdulillah, aku dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sentiasa melatih aku untuk menjadi orang yang berdikari.. lagi-lagi, aku adalah anak sulung dalam keluargaku.. selepas SPM, aku dilatih unutk mencari duit dengan alasan duit tersebut boleh ku gunakan sebagai wang perbelanjaan ku di uiniversiti kelak. Tapi, tanpa disuruh oleh sesiapa pun, tangan ini sentiasa memikirkan kedua ibu bapaku.. walaupun gajiku tak seberapa, namun aku tidak pernah lupa untuk menghulurkan bebearapa keping not duit kepada kedua ibu bapaku..

Dan sekarang pun, aku sudah terbiasa.. gaji yang aku perolehi, aku serahkan kepada ibu dan ayah walaupun aku sedar, aku tahu mereka lebih mampu daripada aku. tetapi, aku gembira melihat air muka mereka yang ceria apabila anak sulung ini menghulurkan mana yang mampu..
Setelah bergraduasi pada bulan Ogos 2013, aku cuba mencari kerja sekaligus dapat membuang rasa bosanku. Alhamdulillah, aku diterima bekerja sebagai guru ganti bahasa arab di sekolah rendah berhadapan dengan rumahku. Dengan berbekalkan sijil SPM untuk mengajar di sekolah tersebut, akhirnya, pada 15hb November 2013, berakhirlah tugasku sebagai guru bahasa arab di sekolah itu.. 


Setelah itu, minatku untuk mengajar semakin menjadi-jadi. Semua sekolah swasta, rendah mahupun menengah menjadi matlamatku untuk ku teruskan impian. walaupun keturunanku bukanlah dari kalangan pendidik, tapi ke mana aku pergi, ramai yang bertanya..."awak cakap macam cikgu..cikgu ke..?" padahal nak beli keropok lekor je.. pakcik tu dah boleh agak dah.. haiisshh...
Banyak resume telah ku hantar.. Alhamdulillah, setelah berkonvo 17hb November 2013, bersamaan dengan tarikh kelahiran anak saudaraku belah si dia aku telah dilamar oleh pihak SEKOLAH KIBLAH, DENGKIL untuk hadir ke temuduga menjadi guru bahasa arab di situ. Alhamdulillah, 19hb aku hadir ke sesi temuduga.. di situ diadakan 2 sesi temuduga: 1)mock teaching 2)temuduga dnegan ahli lembaga sekolah.. Alhamdulillah, berbekalkan pengalaman mengajar yang ada dan ditambah dengan keyakinan untuk berbicara, aku telah diterima untuk menjadi salah seorang kakitangan di situ bermula 24hb disember 2013.. Namun, setelah beberapa hari bersama dengan kakitangan di sekolah itu, aku menjadi tidak betah.. aku memang tidak betah dengan "biah" di sekolah itu yang kebanyakannya berpurdah.. malah, memandang ku dari atas ke bawah kerana penamiplanku yang agak berwarna-warni..  lalu, aku memutuskan untuk tidak meneruskan menjadi kakitangan di situ..


Seterusnya, aku pun mengorak langkah untuk mencari kerja lain.. kali ni, aku tidak kisah mengajar sekolah rendah, menengah, mahupun tadika.. aku berjaya hadir ke sesi temuduga menjadi guru tadika bahasa arab dan pendidikan islam sambil ditemani kedua ibu bapaku. Namun, setelah diterima, kata-kata ayahku menghantuiku... "belajar tinggi-tinggi, takkan nak jadi guru tadika je..., cari kerja lain.. insha ALLAH, ayah tengok kau boleh.." hmm.. maknanya, pekerjaan ini mendapat tentangan daripada waliku..

 
Kemudian, aku diajak oleh rakanku untuk menjadi pengawas peperiksaan di USIM.. sementara aku menunggu jawapan daripada mana-mana institusi yang aku pohon, aku terima ajakan rakanku. Alhamdulillah.. selain pengalaman, aku juga dapat kumpul kawan-kawan baru. semasa menjaga peperiksaan, macam-macam ragam dapat ku lihat.. tidak kisahlah universiti ISLAM ke tidak, pasti ada kes meniru, bawa nota.. paling menyedihkan, insan yang bertudung labuh juga ada juga bertindak melakukan perlakuan itu.. aku menjadi tidak 'respect' terhadap kaum tersebut.. Dan semasa menjaga peperiksaan di USIM, aku dilamar oleh seorang pensyarah bahasa arab USIM untuk menjadi fasilitator selama seminggu selepas minggu peperiksaan.. tanpa berfikir panjang, aku terus mengatakan YA.. 


Rupa-rupanya, mengajar budak-budak universiti, sangat-sangatlah mencabarnya.. mereka terlalu jujur.. andai mereka mengantuk, mereka akan terus tidur... andai mereka bosan, merka akan bercakap-cakap dengan kawan di sebelah.. umur aku waktu tu dengan mereka, xjauh beza pun.. 21 tahun dengan 24 tahun.. hendak dimarah, mereka dah besar... hendak ditegur takut merka buat muka pulak.. segala rasa ku pendamkan sepanjang seminggu tu.. malah ku selalu berdoa untuk mempercepatkan hari terakhir mengajar...
mujur ada 'senior course-mate' ku di situ.. di UIA, dia memang the best tutor.. so, budak-budak universiti memang dia cekap nak handle.. so, within seminggu haritu, memang banyak tanya dia 'how to control them & how to make this week so interest and make it memorable..' Alhamdulillah, dia banyak membantu dari segi modulnya.. dari segi semngatnya... i do respect you, my friend.. thank you from me.. :D


then, after a week, menghadap semua ini, i said to myself.."i need rest..!!!" so, seminggu duduk lah dekat rumah.. YA ALLAH!!! BORING nyaaaa...!!! 


aku pergilah interview dekat Global Institut Studies Nilai dan ditawarkan pegawai pemasaran kepada ku.. aku pun teringin untuk  mencuba bidang baru. setelah bekerja sehari di situ, sekali lagi aku memang tidak betah bekerja dengan minah yang tidak bertudung, suka mencarut.. aku pun kembali menjadi penganggur lebih kurang sebulan..
terasa NAK GILA dibuatnya..

aku pun apa lagi, pulun cari kerja..tapi Allah nak uji aku..aku tak dipanggil oleh mama-mana institut pun.. sehinggakan aku berkeputusan untuk bekerja sebagai juruwang di pasaraya berdekatan rumahku...
sehinggalah, suatu hari, aku dihubungi oleh pihak sekolah SRIAAKL untuk hadir sesi temuduga sebgai guru bahasa arab.. sebelum menghadiri sesi temuduga, aku pun selidik jalan nak pergi, kakitangan sekolah tu macam mana.. setelah dibelek, aku dapati, kakitangan di situ semuanya bertudung labuh. ada dua orang yang berpurdah.. ohh, dugaan apakah ini...? kalau aku diterima, perlukah aku menukar penampilanku..?


sehinggalah, tibanya hari sesi temuduga di mana aku perlu menjalani 3 stage: 1)tilawah alQuran 2)micro teaching di kelas 3)temuduga.. semasa sesi temuduga, guru besar di sekolah itu ada bertanyakan "bolehkah anda mengikut peraturan dresscode di sekolah kami..?" INSHA ALLAH, dariku..


Alhamdulillah, 3 hari selepas temuduga, aku berjaya terpilih daripada 5 orang calon untuk menjadi guru di SRIAAKL, keramat.. tetapi, subjek utama yang aku ajar di sekolah ini, bukanlah bahasa arab sebagai yang utama, tetapi, subjek tasawwur islami untuk darjah 4.. hari pertama untuk mengenakan tudung labuh setelah lama ku tinggalkan, agak janggal.. tapi Alhamdulillah, sehingga ke hari ini, aku sangat selesa untuk mengenakannya.. ALHAMDULILLAH....
mungkin ada hikmahnya.. maka di sinilah aku berbakti.. berapa tahun? aku tidak pasti.. andai aku kahwin kelak dan diminta untuk mengikut arah tuju suamiku, pasti aku turuti..


apa-apa pun, segalanya ku serahkan pada YANG ESA untuk mengaturnya... aku percaya pada perancangan ALLAH..


jam sudah menunjukkan jam 11:39pm, mata pun sudah berat.. esok, pagi-pagi lagi aku perlu untuk bekejar ke sekolah kerana minggu ini, adalah minggu ku bertugas... first time aw kat sekolah ni.. neves sikit.. 

semoga aku berjaya.. good luck to me.. :D


1 comment:

  1. salam syura,
    tahniah atas pertunangan! :)
    selamat mengajar!!

    -ensiyahmuhammad-

    ReplyDelete